TIDAK dinafikan lagi bahawa kanser adalah penyakit kronik
yang menggerunkan masyarakat kerana ia bukan sahaja menyebabkan penderitaan
malah menjadi punca kematian.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 10
juta kes baru kanser dikesan setiap tahun. Pada 2008, sejumlah 7.6 juta orang
dilaporkan mati akibat kanser. Lebih membimbangkan melalui statistik yang
dikeluarkan itu, dianggarkan kadar pesakit kanser akan meningkat sebanyak 12
juta kes pada 2030.
Data Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pula merekodkan seramai
45,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dengan tiga
daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.
Menurut pakar pemakanan dan perubatan dari seluruh dunia,
punca peningkatan bilangan kes kanser ini dikaitkan dengan faktor pemakanan
yang tidak seimbang.
Ini kerana, pada zaman teknologi serba moden dan canggih,
hampir 90 peratus makanan seharian bersifat asid dan mengandungi kadar aditif
yang tinggi dan kurang berzat.
Akibatnya, tubuh badan berasid seterusnya menyebabkan sistem
antibodi dan imunisasi akan menjadi lemah dan boleh mengundang penyakit kronik
terutamanya kanser.
Vitamin B17 Aprikot
Sebarang pencarian mengenai rawatan dan pencegahan kanser
akan membawa kepada penemuan vitamin B17. Mungkin bagi sesetengah individu
vitamin B17 terlalu asing dan agak sukar untuk mempercayainya, namun ia
sebenarnya telah lama ditemui dan terbukti mampu membantu terapi kanser.
Vitamin B17 adalah penawar semulajadi yang terdapat pada
lebih 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot.
Malangnya tabiat pemakanan kita hari ini telah mengetepikan
dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit tetapi berkesan
mencegah kanser.
Kenyataan tersebut disokong oleh bukti kejayaan hasil
penemuan pada 1950 oleh pakar biokimia, Dr. Ernest T Krebs yang berjaya
mencungkil rahsia kehebatan vitamin B17 dalam rawatan kanser.
Selain itu beberapa saintis perubatan yang lain juga turut
memperakuinya. Antaranya, Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold
Coast, Australia yang berkata: “Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat
bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 dalam makanan harian menjadi
penyebab utama seseorang mendapat kanser.”
Pakar Kanser Jerman, Dr. Dean Burk pula berkata; “Di bawah
mikroskop, kami masukkan B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser
tersebut mati dengan cepat sekali.”
Daripada penyelidikan, biji aprikot yang menjadi makanan
kaum Hunza menjadikan mereka bebas kanser,sihat dan lanjut usia sehingga lebih
120 tahun.
Hasil kajian juga mendapati haiwan liar tidak akan dijumpai
mati akibat kanser sebaliknya haiwan yang dipelihara di dalam zoo kemungkinan
besar akan mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrient namun
tidak mengandungi vitamin B17.
Jepun adalah contoh terbaik kerana merekodkan kadar kanser
paling rendah di dunia. Walaupun dikatakan negara serba moden serta mempunyai
persekitaran kehidupan yang kian terancam akibat kemodenan, namun negara
tersebut mempunyai kadar kesihatan tinggi dengan usia mencecah 90 tahun, impak
daripada pengamalan diet seimbang yang mengandungi vitamin B17.
Terapi kanser
Pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan
Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk Apricon Farmas
Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot
mengandungi vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain dan dapat
membantu mencegah dan merawat penyakit kanser.
Dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertindak balas
dengan sel kanser, enzim betaglucosidase dalam sel kanser itu berupaya
menguraikan elemen vitamin B17 seterusnya mematikan sel kanser.
Vitamin B17 sememangnya cukup unik kerana tugasnya hanya
menyerang sel kanser dan sel-sel yang tidak normal.
Ia juga dapat membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam
tubuh, memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan
membantu merawat penyakit jantung dan diabetes.
SUMBER: http://aristons.blogspot.com
SUMBER: http://aristons.blogspot.com