IKHTIAR BERUBAT ADALAH SUNNAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Petikan dari Buku 'Bestseller' Dr. Danial: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Buku Ini Menjadi Finalis Anugerah Media Islam Nasional 2006 :

Walaupun kesemua perkara ditentukan oleh Allah, berikhtiar dengan pelbagai cara untuk merawat penyakit amat digalakkan oleh agama. Ia tidak bercanggah dengan konsep tawakal.Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad: “Adakah aku tambat binatang dan aku bertawakal ataupun aku lepaskannya dan aku bertawakal?” Jawab Rasulullah: “Tambat dan bertawakal.” (Riwayat Tirmizi)Justeru, seseorang yang menghidap sesuatu penyakit digalakkan untuk mencari ubatnya dan tidak hanya berserah kepada nasib dan takdir. Mengikut sebuah riwayat dari Usamah ibn Syuraik, beliau berkata: “Aku berada di sisi Rasulullah, tiba-tiba datanglah beberapa orang Arab Badwi dan mereka berkata: ‘Ya Rasulullah adakah kami diizinkan berubat?’ Rasulullah bersabda: ‘Wahai hamba-hamba Allah, berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit melainkan Allah meletakkan ubat untuknya kecuali satu sahaja!’ Mereka bertanya: ‘Apakah itu ya Rasulullah?’ Nabi Muhammad bersabda: ‘Penyakit tua’.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, An-Nasai dan Tirmizi.Rasulullah juga turut berikhtiar sebagai contoh dengan berbekam, sedangkan Baginda merupakan manusia yang paling bertawakal kepada Allah. Selepas seseorang berikhtiar, hendaklah dia bertawakal dan berserah kepada Allah kerana Dialah sebenarnya yang menyembuhkan segala penyakit.

======================================================
ERTI SEBENAR SEBUAH KEBAHAGIAAN

Merujuk laman web Karyanet.com. my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.
Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.
Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.
Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.
Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.[1]
Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?
Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.
What do you think it is?
Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
Itulah kebahagiaan yang sebenar.
Wallahu’alam.


ERTI KEBERKATAN HIDUP

Saya telah beberapa kali mendengar Nasyid dari Kumpulan Rabbani dari Radio IKIM, tajuknya saya tak tahu tetapi saya hafal satu rangkap senikatanya yang sungguh memikat hati saya iaitu;
Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya Daripada banyak yang memudaratkan

Baru-baru ini saya mencari Nasyid ini dan akhirnya bertemu. Nasyid tersebut bertajuk “Impian Hamba” dari Album Bertajuk Qiblat oleh Kumpulan Rabbani. Bila membaca keseluruhan lirik nasyid ini saya sungguh tertarik untuk mengulasnya.
Lirik Nasyid ini adalah seperti berikut;

Pada-Mu Allah kami memohonKeberkatan hidup yang berpanjangan aman sentosa...Murah rezeki Tenang beramal mengingati-Mu
Apa yang ada..Semua milik-Mu Nikmat kau beri hanya pinjaman Hanya yang sedar tahu bersyukur Bukannya ia untuk dibangga .
Biarlah sedikit asalkan diberkati-NyaDaripada banyak yang memudaratkanBerkat di dunia oh indah nikmatnyaBerkat di akhirat balasannya syurga
Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan
Putaran kehidupan Pentas hidup untuk penilaian Jawapan sebenar Dari tuhan untuk insan Bersabar hadapi ujian
Biarlah sedikit asalkan diberkati-NyaDaripada banyak yang memudaratkan Berkat di dunia oh indah nikmatnya Berkat di akhirat balasannya syurga
Berkati hidup kami Dengan sinar hidayahJauhkan segala Dari pancaroba dunia
Berikan perlindungan Selamatkan dari fitnah ngeri Bahana derita Yang tak mampu kami tanggung Kasih Mu Sayang Mu Redha Mu Segalanya, Untuk Kami
Pada Mu Allah….

(Nota Penting: Nasyid ini adalah Hakcipta Terpelihara Kumpulan Robbani & EMI Music, disiarkan disini sebagai contoh sahaja. Oleh itu belilah CD yang original Semoga Diberkati Oleh Allah SWT)
Kalau kita mendengar nasyid ini sambil menghayati senikatanya tentu kita akan dapat merasakan sesuatu keindahan jika sekiranya kita benar-benar memahami erti keberkatan hidup ini.
Bila di sebut perkataan “Berkat” seolah-olah sesuatu yang biasa sangat di dengari namun jika di tanya pada diri sendiri apa makna berkat kadangkala terpinga-pinga juga nak menjawabnya.
Saya pernah bertanya dengan seorang sahabat tentang makna berkat ini, dia menjawab berkat ialah rahmat dari Allah. Saya bertanya lagi boleh bagi satu contoh, dia akhirnya merapu-rapu memberikan contoh yang tak ada kaitan langsung dengan soalan yang di tanya.
Sebenarnya banyak ‘alim ulama’ telah memberikan penjelasan tentang makna “Berkat” ini. Supaya senang di fahami berkat bermakna “Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan”. Contoh yang paling mudah kita perhatikan firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 96 berikut;
Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.
Allah s.w.t. memberitahu kepada kita bahawa Baitullah (Masjidil Haram) itu adalah tempat yang berkat. Keberkatannya dapat dilihat dengan kebaikan yang semakin hari semakin bertambah dimana manusia mengunjunginya dari dahulu sejak zaman nabi Ibrahim a.s. sehingga kini kunjungan manusia sentiasa berterusan dan berpanjangan.
Kalau ditilik kepada kehidupan seharian kita bagaimana kita dapat melihat bahawa Allah telah mengurniakan keberkatan kepada kehidupan kita? Adakah yang dikurniakan kepada kita oleh Allah itu kebaikannya bertambah, Kebaikannya berpanjangan dan berterusan?
Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.
Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasi tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t.
Dengan sebab itu maksud keberkatan yang sebenar ialah bertambah kebaikannya dan ketaatannya kepada Allah s.w.t.
Saya ingin berkongsi tentang dua kisah benar yang saya sendiri melihatnya sebagai satu renungan mudah-mudahan senang kita nak fahami erti keberkatan ini.
Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.
SUMBER: http://www.alitqan.edu.my/