TAPAI UBI MERAWAT KANSER

Tapai ubi merawat kanser

Tapai ubi untuk mencegah dan Merawat kanser?
JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda.

Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin.Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).


Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960.


Kaedah ini lebih murah, memerlukan sampel yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan.


Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).


Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (pH beralkali).


Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.``Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.


Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida.


Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut.


Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT.


Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.


Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.


``Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza.Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.


Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.


Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser.Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan.


``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.

MINYAK HABBATUSSAUDA'



MINYAK HABBATUSSAUDA 
HARGA RM 20.00 BELANJA POS RM6

Khasiat minyak habbatus sauda

habbatussauda boleh dijadikan amalan harian untuk mendapat kesihatan yang berterusan . Antara khasiat minyak habbatus sauda jika ingin diperkatakan satu persatu antaranya ialah:
1. Pelbagai zat pemakanan


Khasiat minyak habbatus sauda
yang pertama ialah dari segi zat pemakanan. Habbatus Sauda adalah kaya dengan:
  • monosaccharide glukosa, xylosa , polysaccharide
  • fatty acid tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). Sumber utama EFA adalah pemakanan dan tidak dapat dihasilkan oleh badan
  • Asid amino yang membentuk protein, kalsium, zat besi dsb
2. Menguatkan Sistem imunisasi

Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh Arab Saudi yang menemui khasiat minyak habbatus Sauda dalam meningkatkan sistem imunisasi (daya tahan dalam melawan penyakit). Dengan itu ia mungkin berkepentingan dalam pengawalan kanser, AIDS serta penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Khasiat minyak habbatus sauda seterusnya ialah sebagai anti-histamine. Histamine merupakan bahan dikeluarkan sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda ada mengandungi bahan-bahan menghalang protein kinase C, sejenis bahan pencetus penghasilan histamine. Disebabkan penghidap asma biasa mengalami masalah alahan, habbatus Sauda berkemungkinan baik untuk diambil secara berterusan oleh pesakit asma.

4. Anti-tumor

Kajian in-vitro menemui bahawa antara khasiat minyak habbatus Sauda adalah dalam menghalang pembentukan sel tumor. Oleh itu habbatus sauda, baik digunakan bagi membantu menghalang kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan dalam mencari khasiat minyak habbatus sauda mendapati ia mempunyai aktiviti anti bakteria . Ia berupaya dalam mengawal bakteria seperti E. coli, V. cholera serta spesies Shigella. Ini memberi makna habbatus Sauda adalah baik bagi mereka yang menghidapi penyakit seperti cirit-birit serta masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Khasiat minyak habbatus sauda seterusnya ialah dalam mengurangkan radang (bengkak). Oleh sebab itu, habbatus sauda adalah baik bagi pesakit asma (untuk mengurangkan radang dalam paru-paru), ekzema (alahan yang menyebabkan gatal dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi hormon serta lemak yang didapati dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAPSUL HABBATUSSAUDA'
Rasulullah S.A.W Bersabda :Hendaklah Kamu Berubat Dengan HABBATUS SAUDA™. Sesungguhnya Ia Mengandungi Bahan Penyembuh Bagi Setiap Penyakit Kecuali Mati ( Hadith Riwayat Imam al-Bukhari )

Black Seed (al-Ha`bbatus Sauda) Membina daya ketahanan badan ( immune system ) bagi jangkamasa panjang dengan membekalkan keperluan optima yang diperlukan oleh badan untuk mencegah dan melawan penyakit.

KHASIAT DAN KEBERKESANAN BLACK SEED

Peningkatan Sistem Imunisasi

Kajian yang dilakukan di negara Arab Saudi mendapati Habbatus Sauda™ berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda ( daya melawan penyakit ). Oleh itu ia penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan menambah kecergasan mental dan seksual.

Anti-Tumor
Kajian In-Vitro mendapati Habbatus Sauda™ berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu ia baik bagi membantu menghalang penyakit kanser.

Anti-Bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempuyai aktiviti anti-bakteria dan berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shiggela. Ini bermakna Habbatus Sauda™ baik untuk mengubati cirit birit dan keracunan makanan.

Anti-Radang (Anti-Inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal dan kulit merah) dan arthritis (bengkak sendi)

Nilai Pemakanan Mengandungi komponen yang berguna sebagai bahan diet fiber Amino Acid yang membentuk protein.Sumber kalsium, Zat besi dan Potassium yang berfungsi sebagai (Cofactors) pengimbang kepada fungsi enzim Penggalak Pengeluaran Susu.

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati dalam Habbatus Sauda™ berupaya meningkatkan pengeluaran susu di kalangan ibu yang menyusukan bayi.

Untuk belian hubungi 013-3351803 Zakaria