SUPPLEMEN- KAPSUL KELADI TIKUS (TYPHONIUM FLAGELLIFORME)



KELUARAN TERBARU 
KELADI TIKUS + APRICOT SEEDS
(ORIGINAL)

DIDAFTAR DAN DILULUSKAN OLEH
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MAL19026047TC 

UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN

SILA HUBUNGI !!!!
HP. NO: 013-3351803 ZAKARIA
CALL/WHATSAP/SMS
HARGA SEKOTAK RM180 (2 BOTOL)

KAPSUL KELADI TIKUS

 (TF = TYPHONIUM FLAGELLIFORME)


MENGAPA GUNA TYPHONIUM FLAGELLIFORME (TF)?
Kerana telah di uji secara klinikal di makmal Universiti Sains Malaysia (USM}
Terbukti mengandungi bahan anti kanser dan anti bakteria.
Dijamin selamat tanpa bahan pengawet dan unsur-unsur kimia.
Keladi tikus ditanam secara semula jadi menggunakan baja organik.
Kami hanya menggunakan daun-daun yang segar sahaja.

Akhbar Utusan Malaysia Ogos 1998

Oleh NORZAHIZAN ISMAIL

Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai 'keladi tikus' atau nama saintifik "Typhonium Flagelliforme" yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, 'keladi tikus' dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit. "Ketika itu saya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu mereka membiakkan keladi tikus," katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang baru-baru ini.
Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghidapi penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia. Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif. " Sebenarnya, tidak ada ubat di dunia yang ditemui boleh menyembuhkan penyakit kanser.
Apa yang ditemui ini hanya dapat membantu pesakit yang menghadapi pelbagai jenis kanser," ujarnya. Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benar keladi tikus. "Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh membawa maut," katanya. Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar. Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari. "Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga boleh menggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.
Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama," tambah beliau. Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal. Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari," jelas beliau. Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup, pemakanan dan perlu menukar metabolisme badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self healing).





Cara pengambilan: 2 biji kapsul, 2 kali sehari sebelum makan atau dapatkan nasihat doktor.

HARGA RM180  2 BOTOL
dan POSLAJU RM10

SEBOTOL (90 KAPSUL).
untuk keperluan sebulan 2 botol

BELIAN BOLEH DIBUAT DENGAN BAYARAN MELALUI  BANK IN KE AKAUN MAYBANK
NO: 562245100501 ZAKARIA BIN AWANG
Selepas buat bayaran, Sila Email/Sms transaksi anda bersama maklumat berikut:
Nama penuh
Jumlah wang mengikut pesanan anda
Tarikh dan masa pembayaran dibuat (keakaun Maybank )
Alamat lengkap untuk penghantaran
Alamat E-Mail anda jika ada
Nombor telefon bimbit (HP) atau rumah
Sertakan Resit Transaksi atau No Rujukan Online.

HP. NO: 013-3351803 Zakaria
CALL/WHATSAP/SMS



Herba Keladi Tikus ini mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pendaftaran No: (MAL1902604TC)

Wanita hamil tidak digalakkan mengambil kapsul ini

-------------------------------------------------------------------------------------
#kapsul keladi tikus
#keladitikus
#antikanser
#antioksida
#bijiaprikot





HABBATUSSAUDA PLUS MINYAK ZAITUN

HABBATUSSAUDA DAN MINYAK ZAITUN BERKHASIAT UNTUK MEMULIHKAN KESIHATAN

 HABBATUSSAUDA + OLIVE OIL MIXTURE
(HABBATUSSAUDA + MINYAK ZAITUN)
24 CAPSULES
PRODUK DARI TURKI
HARGA RM16
POSLAJU RM6
(BAGI 5 - 10 KOTAK POSLAJU RM10)

STOK HABIS !!!!


Minyak Habbatussauda boleh dijadikan amalan harian untuk mendapatkan kesihatan yang berterusan
Antara khasiat minyak Habbatussauda ialah:
1. Menguatkan Sistem imunisasi
Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh Arab Saudi yang menemui khasiat minyak habbatus Sauda dalam meningkatkan sistem imunisasi (daya tahan dalam melawan penyakit). Dengan itu ia mungkin berupaya dalam pengawalan kanser, AIDS serta penyakit berkaitan yang lain.
2. Merawat Alahan (Allergic)
penghidap asma biasa mengalami masalah alahan, habbatus Sauda sangat baik untuk diambil secara berterusan.
3. Anti-tumor
 Minyak habbatus Sauda adalah untuk menghalang pembentukan sel  tumor / membantu menghalang kanser.
4. Anti-bakteria
Penyelidikan dalam mencari khasiat minyak habbatussauda mendapati ia mempunyai aktiviti anti bakteria .  Ini memberi makna Habbatus Sauda adalah baik bagi mereka yang menghidapi penyakit seperti cirit-birit serta masalah perut.
5. Anti-radang (anti-inflammation)
Khasiat minyak Habbatus sauda seterusnya ialah dalam mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu habbatus sauda adalah baik bagi pesakit  ekzema (alahan yang menyebabkan gatal dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
6. Menggalakkan pengeluaran susu bagi wanita menyusu
Kombinasi hormon serta lemak yang didapati dalam Habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu bagi ibu yang menyusukan bayi bertambah.
7. Merawat Penyakit Gout
8. Menstabil tekanan darah tinggi
9. Mengatasi penyakit resdung

SARANAN BERUBAT DENGAN HABBATUSSAUDA'
Rasulullah S.A.W Bersabda :Hendaklah Kamu Berubat Dengan HABBATUS SAUDA. Sesungguhnya Ia Mengandungi Bahan Penyembuh Bagi Setiap Penyakit Kecuali Mati
( Hadith Riwayat Imam al-Bukhari )




KHASIAT EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (MINYAK ZAITUN)
Extra Virgin Olive Oil adalah pati minyak zaitun. kaedah yang digunakan untuk menghasilkan pati minyak zaitun ini dengan ekstrak perahan, hasil ekstrak minyak dari perahan pertama inilah yang dipanggil Extra Virgin. Perahan kedua pula dipanggil virgin. Untuk perahan atau ekstrak minyak yang seterusnya wujudlah istilah seperti Pure Olive Oil, Extracted, Refined, dan Pomance serta macam-macam lagi. Untuk kesan yang lebih baik dari kesihatan sudah tentulah Extra Virgin Oil.

Dari Sudut Pandangan Agama
Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar,
Kelebihan buah zaitun ini sungguh hebat sehingga ianya termaktub dalam Al-Quran yang berbunyi “Demi buah tiin dan zaitun Dan Gunung Tursina”. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2).
Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.
Dari Sudut Kesihatan dan Saintifik
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains, tidak dinafikan banyak yang mengiktiraf khasiat buah zaitun. Antaranya adalah:
Minyak zaitun antara minyak yang bernilai tinggi dalam bidang kesihatan. Selain minyak zaitun bertindak sebagai penambah zat makanan, ia juga bertindak mencuci dan membaik pulih perut dan penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
Minyak zaitun juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, dan ia juga sebagai pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis. 
Hasil kajian mendapati bahawa minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounsaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya dalam darah. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford, mengkaji berkaitan kanser dan pemakanan seseorang. 
Minyak zaitun boleh melawan racun dalam badan dengan bertindak sebagai laxative dan menyingkir cacing di dalam badan. 
Pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung. 
Keajaiban minyak zaitun banyak digunakan sebagai bahan asas produk kecantikan dan ramuan kosmetik .
Penyakit jantung yang dikatakan sebagai pembunuh secara senyap boleh dicegah dengan pengambilan minyak zaitun kerana ia kaya dengan bahan phenol. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi dan mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah dalam badan kita
Antara khasiat dan kelebihan lain adalah:
Tinggi kandungan Vit E anti oksidan 
Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah 
Mengurangkan risiko sakit jantung 
Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan 
Merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat) 
Mengurangkan tekanan darah 
Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita
Anti Kanser 
Melancarkan saluran pemakanan melalui usus 
Mencegah ulser dan mengurangkan risiko batu karang  
Mencantikkan kulit, rambut dan kuku 

CUBA SEKARANG KAPSUL MINYAK HABBATUSSAUDA + MINYAK ZAITUN !!!
HARGA: RM 16.00 Sem. Malaysia, RM 19.00 Sbh/Swk

Untuk belian hubungi 013-3351803 Hj. Zakaria

KAPSUL BIJI APRIKOT DAN KHASIATNYA



KAPSUL BIJI APRIKOT
NO KKM: MAL 10080124TC
150 kapsul sebotol
HARGA: RM99

Kapsul 'Apricot Seeds' Afdhal diperbuat dari 100% biji aprikot yang pahit. Biji aprikot yang sangat kaya dengan B17 atau amigdalina sangat disyorkan untuk makanan tambahan harian untuk tujuan kesihatan umum.

Mengapa perlu makan Kapsul Apricot Seeds atau biji aprikot Afdhal?


Seperti kebanyakan kekacang dan biji, biji aprikot adalah sangat berkhasiat. Salah satu nutrisi yang terkandung didalamnya ialah amigdalin ( B17 ). B17 terkandung di dalam beratus-ratus makanan, tetapi makanan yang kaya dengan amigdalin ini sudah tidak lagi termasuk didalam pemakanan harian kita. Mereka yang masih mengamalkan pemakanan tradisional, didapati bebas dari penyakit kanser. Pemakanan tradisional ini kaya dengan nitriloside yang mengandungi amigdalin didalamnya. Contoh makanan yang dimaksudkan ialah biji aprikot pahit, badam yang pahit, biji apple, biji anggur, millet dan banyak lagi biji buah-buahan dan kekacang.

Ia telah menjadi makanan kaum Hunza dipendalaman beratus-ratus tahun lamanya yang dikatakan bebas dari kanser, sihat, lanjut usia sehingga lebih dari 120 tahun. Dikalangan masyarakat Cina di Negara China pula, biji aprikot pahit telah kerap dan biasa digunakan dalam membantu mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma/lelah. Antara nutrient yang banyak terdapat pada biji aprikot ialah enzim Amygdalin atau Laetrile atau juga sering disebut sebagai Vitamin B17. Tugas B17 ini hanyalah untuk memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui pembuangan air. Berdasarkan kepada buku "World without Cancer", tulisan G.Edward Griffin, biji aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain. Vitamin B17 atau Laetrile mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu.

B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita hari ini dinegara yang membangun telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit. Masyarakat Hunza di Pakistan sangat baik tahap kesihatan mereka , satu perkara biasa bagi mereka hidup sehingga 100 tahun, dan dikatakan juga sangat jarang dijumpai kes penyakit kanser dikalangan mereka ini. Salah satu faktor utama kesihatan mereka adalah mereka minum air yang kaya dengan mineral dan tidak lupa juga amalan pengambilan makanan mereka. Salah satu makanan kegemaran dan keutamaan mereka ialah buah aprikot. Mereka tidak hanya makan buahnya tetapi juga biji yang terdapat di dalam buahnya sekali. Dari bijinya, dihasilkan minyak untuk memasak dan juga untuk losyen muka.

_____________________________________________________________________




NAMA PRODUK:  ORADALIN
MAL 12105013TC
Harga: RM179

_____________________________________________________________________



NAMA PRODUK: BROM-Q
Harga: RM103

MAL 13115078TC
  • Mengelakkan penyakit jantung.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Mengurangkan bengkak.
  • Memperbaiki kapilari yang rapuh.
  • Mematikan virus.
  • Mendetoks hati.
  • Mengurangkan kesakitan akibat arthritis.
  • Membantu penghadaman
  • Mengurangkan sakit uluhati.
  • Mengurangkan masalah bronchitis yang kronik, alahan dan resdung.
  • Melegakan gejala yang berkaitan dengan penyakit gout.
  • Melegakan sindrom ‘carpal tunnel’ iaitu bengkak dan kesakitan pada jari-jari.
  • Melegakan kecederaan ringan dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka.
  • Mengurangkan gejala-gejala ekzema iaitu ruam-ruam yang gatal.
  • Enzim bromelain bertugas sebagai penghadam protein dalam tubuh.
SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA
KITA BERIKHTIAR ALLAH YANG MENYEMBUHKAN..
______________________________________________
_______________________________

URUSAN PEMBELIAN SILA HUBUNGI
Call/Whatsapp/SMS
013-3351803 Hj.Zakaria


PEMBAYARAN MELALUI  BANK IN KE AKAUN MAYBANK  NO: 562245100501 ZAKARIA BIN AWANG
Selepas buat bayaran sila Email/Sms/Whatsapp resit transaksi anda bersama maklumat berikut:
Nama penuh
Jumlah wang mengikut pesanan anda
Tarikh dan masa pembayaran dibuat (di Maybank )
Alamat Lengkap untuk penghantaran
Alamat E-Mail anda jika ada
Nombor telefon bimbit atau rumah



Sertakan NO RUJUKAN ONLINE BANK IN

KAPSUL BIJI APRIKOT ANTI OKSIDAN



KAPSUL BIJI APRIKOT KELUARAN AFDHAL
Harga RM99 Sebotol
150 kapsul

Kapsul Biji Aprikot dalam bentuk kapsul, mudah dimakan terutama bagi mereka yang sukar untuk mengunyah dan menelan biji aprikot mentah yang mempunyai rasa pahit. Kandungan kapsul adalah 100% kisaran biji aprikot mentah yang pahit. Kapsul Biji Aprikot sangat digalakkan sebagai makanan tambahan seharian bagi mencegah pelbagai masalah kesihatan. Berikut adalah kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada pengambilan kapsul biji aprikot sebagai makanan tambahan seharian:

1. Supplemen B17
2. Membantu menstabilkan tekanan darah
3. Mengurangkan masalah sakit sendi
4. Menyelesaikan masalah jerawat
5. Menghaluskan kulit
6. Membantu masalah buasir
7. Mengelakkan migrain
8. Menyelesaikan masalah haid tidak teratur
9. Kencing Manis
10. Menghilangkan keputihan (bagi kaum wanita)
11. Membantu wanita menapause
      (menghasilkan cecair sebagai Gel asli kekeringan faraj)
12. Melegakan asma dan resdung

Pembelian:

Untuk Pembelian sila Bank in/ Transfer keAkaun di bawah:

AKAUN MAYBANK NO: 562245100501 ZAKARIA BIN AWANG

Selepas bank in sila bagi nama dan alamat lengkap untuk penghantaran.
Hubungi : 013-3351803 Zakaria

PASTIKAN ANDA MENDAPAT KAPSUL BIJI APRIKOT SEBAGAI ALTERNATIF MERAWAT KANSER

EKSTRAK BIJI APRIKOT AFDHAL- ORADALIN




EKSTRAK BIJI APRIKOT (ORADALIN)bAFDHAL adalah B17 dalam bentuk yang berkepekatan tinggi yang juga dikenali sebagai amigdalin. 

KHASIAT MAKANAN DALAM PANDANGAN ISLAM

SIRAJUDDIN ABBAS

1.Roti (khubz) - Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebabkan sakit perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabis.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.
2.Jintan Manis (anisun) - Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
3.Epal (tuffah) - Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
4.Asparagus (hiyawn) - Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
5.Pisang (mawz) - Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
6.Barli (sya'ir) - Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
7.Selasih (manis rayhan) - Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
8.Mentega (zubdah) - Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
9.Bunga kubis (qunnabit) - Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
10.Chamomile (babunaj) - Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
11.Lobak merah - Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan airkencing.
12.Biji kopi (qahwah) - Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
13.Biji hitam (habb al sauda)Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali mati'. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
14.Ayam (dajaj)Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
15.Kulit kayu manis (darchini)Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
16.Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus di hidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambat kanpengaliran dalam hempedu.
17.Timun (qitta')Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
18.Jintan putih (kammun)Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam didalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
19.Tamar kering (tamr) Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
20.Terung (badhijan)Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
21.Telur (baydah)Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
22.'Endive' (hindiba)Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yangpaling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.
23.Fenugreek (Hulbah)Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, merekapasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .
24.Buah Arafig (fin)Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlahbuah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
25.Ikan (samak)Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
26.Bawang putih (thum)Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.
27.Minyak sapi (samn)Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
28.Halia (zanjabil)Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yangbermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskanbadan.
29.Inai (hinna)Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta.Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku,tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
30.Madu lebah(a'sal)Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabis.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jikaseseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
31.Kekacang (a'das)Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut.Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
32.Salad (khass)Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
33.Daging (lahm)Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab.Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Dipetik dari blog DRS. KHALIL IDHAM LIM

---------------------------------------------------------------------------------------

KHASIAT BUAH KURMA

Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung

Kurma kaya dengan berbagai khasiat. Ia sangat bermanfaat kepada kesihatan tubuh dan merupakan makanan utama Baginda Rasulullah s.a.w. Menjelang Ramadhan, buah ini sudah tentu menjadi pilihan utama kepada umat-umat Islam yang berpuasa. Kurma dalam bahasa saintifik dikenali sebagai Phonex dactylifera berasal dari keluarga Arecaceae dari genusphoenix.Terdapat berbagai jenis kurma yang boleh didapati di seluruh dunia. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang mempunyai berpuluh-puluh jenis. Rasanya manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak.
Bagi ibu-ibu mengandung, adalah digalakkkan untuk mengambil kurma dalam diet harian mereka. Di dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini. Ayat ini merujuk kepada peristiwa ketika Maryam mengandung Nabi Isa a.s sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah membawakan perkataan ‘Amr bin Maimun di dalam tafsirnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah”
Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. Hal ini karena dalam kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.
Dokter Muhammad An-Nasimi dalam kitabnya, Ath-Thibb An-Nabawy wal Ilmil Hadits (II/293-294) mengatakan, “Hikmah dari ayat yang mulia ini secara kedokteran adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat membutuhkan minuman dan makanan yang kaya akan unsur gula, hal ini karena banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi, terlebih lagi apabila hal itu membutuhkan waktu yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengontrol laju gerak rahim dan menambah masa sistolenya (kontraksi jantung ketika darah dippompa ke pembuluh nadi). Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh”
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Kandungan Hormon Yang  Menguatkan Ibu Mengandung:
Zat Besi dan Kalsium
Bermanfaat untuk produksi hemoglobin dan sel darah merah, sehingga akan sangat melindungi ibu hamil dari kekurangan sel darah merah atau anemia. Jika kebutuhan akan zat besi ini terpenuhi, maka peredaran darah akan lancar dan sari-sari makanan akan beredar dengan lancar. Kalsium yang terdapat di dalam sari buah kurma juga membantu menguatkan tulang si ibu dan membantu pertumbuhan tulang,gigi serta mengaktifkan sel-sel otak janin. Kita sering kali disodori vitamin penguat tulang atau suplemen tambahan untuk kalsium oleh doktor atau bidan. Namun, kandungan kalsium dalam sari buah kurma ternyata dapat mencukupinya.
 Hormon Potuchin
Hormon ini berfungsi untuk mengikat rahim dan otot rahim sehingga dapat membantu mengurangi pendarahan pasca melahirkan, ia  juga akan membantu memacu kontraksi di pembuluh darah vena yang ada di sekitar payudara ibu, sehingga memacu kelenjar air susu untuk menghasilkan air susu ibu.
Hormon Oksitosin
Hormon ini dihasilkan neurohipofisa, bekerja untuk merangsang kontraksi otot polos dinding rahim selama coitus dan melahirkan. Ini akan sangat membantu kelancaran proses kelahiran. Hormon oksitosin akan menyatu dengan reseptornya memulai kontraksi otot yang teratur secara bertahap, sehingga menyebabkan perluasan leher rahim yang dari situlah terjadi proses kelahiran.
Setelah persalinan, hormon oksitosin juga bermanfaat untuk mengeringkan rahim dan meningkatkan kotraksi otot – ototnya yang terajut satu sama lain seperti jaring. Serat otot – otot yang terajut tersebut berkontraksi sedemikian sehingga menyempitkan celah – celah rajutan tersebut efeknya pendarahan segera terhenti secara bertahap.
Kandungan Fiber atau Serat Yang Tinggi
Kandungan ini pada sari buah kurma merupakan yang paling besar dibandingkan buah-buahan lain. Fiber memiliki manfaat untuk memperlancar proses pembuangan, sehingga pada saat persalinan, tidak ada sisa-sisa makanan yang berbentuk tinja menumpuk di usus dan memperlambatkan proses persalinan. Ia mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam usus dan membantu melindungi selaput lendir usus dengan mengurangi paparan dan mengikat bahan kimia yang menyebabkan kanker usus besar.
Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. Semasa bayi dilahirkan,kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
Antara khasiat lain kurma:
·         Tamr (kurma kering) berfungsi untuk menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing karena mengandung serabut-serabut yang bertugas mengontrol laju gerak usus.
·         Buah kurma yang direbus dapat memperlancar saluran kencing.
·         Buah kurma Ajwah dapat digunakan sebagai alat ruqyah dan mencegah dari ganguan jin.
·         Kurma sangat dianjurkan sebagai hidangan untuk berbuka puasa. Ada hal yang sudah ditetapkan dalam bidang kedokteran bahwa gula dan air merupakan zat yang pertama kali dibutuhkan orang berpuasa setelah melalui masa menahan makan dan minum.
·         Buah kurma kaya dengan zat garam mineral yang menetralisasi asam, seperti Kalsium dan Potasium. Buah kurma adalah makanan terbaik untuk menetralisasi zat asam yang ada pada perut karena meninggalkan sisa yang mampu menetralisasi asam setelah dikunyah dan dicerna yang timbul akibat mengkonsumsi protein seperti ikan dan telur.
·         Kalium dalam kurma adalah komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koroner dan stroke.
·         Buah kurma mengandung vitamin A yang baik dimana ia dapat memelihara kelembaban dan kejelian mata, menguatkan penglihatan, pertumbuhan tulang, metabolisme lemak, kekebalan terhadap infeksi, kesehatan kulit serta menenangkan sel-sel saraf.
·         Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
·         Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
·         Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-infeksi, anti-inflamasi dan anti-hemoragik.
“Rumah yang tidak terdapat kurma melaparkan penghuninya.” (HR Ibnu Majah)
“Sesungguhnya pada kurma Aliyah terdapat penawar penyakit.” (HR Muslim dan Ahmad)

petikan : myibrah.com




ERTI SEBENAR SEBUAH KEBAHAGIAAN

Merujuk laman web Karyanet.com. my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.[1]Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.What do you think it is?Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”Itulah kebahagiaan yang sebenar.Wallahu’alam...Seterusnya....

ERTI KEBERKATAN HIDUP

Saya telah beberapa kali mendengar Nasyid dari Kumpulan Rabbani dari Radio IKIM, tajuknya saya tak tahu tetapi saya hafal satu rangkap senikatanya yang sungguh memikat hati saya iaitu;Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya Daripada banyak yang memudaratkan. Baru-baru ini saya mencari Nasyid ini dan akhirnya bertemu. Nasyid tersebut bertajuk “Impian Hamba” dari Album Bertajuk Qiblat oleh Kumpulan Rabbani. Bila membaca keseluruhan lirik nasyid ini saya sungguh tertarik untuk mengulasnya.Lirik Nasyid ini adalah seperti berikut;
Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan aman sentosa...
Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu
Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga .
Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga
Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan
Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian
Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga
Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia
Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita Yang
tak mampu kami tanggung


Kasih Mu Sayang Mu Redha Mu Segalanya, Untuk KamiPada Mu Allah….(Nota Penting: Nasyid ini adalah Hakcipta Terpelihara Kumpulan Robbani & EMI Music, disiarkan disini sebagai contoh sahaja. Oleh itu belilah CD yang original Semoga Diberkati Oleh Allah SWT)

Kalau kita mendengar nasyid ini sambil menghayati senikatanya tentu kita akan dapat merasakan sesuatu keindahan jika sekiranya kita benar-benar memahami erti keberkatan hidup ini.

Bila di sebut perkataan “Berkat” seolah-olah sesuatu yang biasa sangat di dengari namun jika di tanya pada diri sendiri apa makna berkat kadangkala terpinga-pinga juga nak menjawabnya. Saya pernah bertanya dengan seorang sahabat tentang makna berkat ini, dia menjawab berkat ialah rahmat dari Allah. Saya bertanya lagi boleh bagi satu contoh, dia akhirnya merapu-rapu memberikan contoh yang tak ada kaitan langsung dengan soalan yang di tanya. Sebenarnya banyak ‘alim ulama’ telah memberikan penjelasan tentang makna “Berkat” ini. Supaya senang di fahami berkat bermakna “Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan”. Contoh yang paling mudah kita perhatikan firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 96 berikut;Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.Allah s.w.t. memberitahu kepada kita bahawa Baitullah (Masjidil Haram) itu adalah tempat yang berkat. Keberkatannya dapat dilihat dengan kebaikan yang semakin hari semakin bertambah dimana manusia mengunjunginya dari dahulu sejak zaman nabi Ibrahim a.s. sehingga kini kunjungan manusia sentiasa berterusan dan berpanjangan.Kalau ditilik kepada kehidupan seharian kita bagaimana kita dapat melihat bahawa Allah telah mengurniakan keberkatan kepada kehidupan kita? Adakah yang dikurniakan kepada kita oleh Allah itu kebaikannya bertambah, Kebaikannya berpanjangan dan berterusan?Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasti tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t. Dengan sebab itu maksud keberkatan yang sebenar ialah bertambah kebaikannya dan ketaatannya kepada Allah s.w.t.Saya ingin berkongsi tentang dua kisah benar yang saya sendiri melihatnya sebagai satu renungan mudah-mudahan senang kita nak fahami erti keberkatan ini.

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam.
Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.


SUMBER: http://www.alitqan.edu.my/